Sunday, May 24, 2009

NASIB MELAYU PASCA PILIHANRAYA 2008

Pengenalan
Tidak di nafikan bahawa Pilihanraya Malaysia 2008 adalah suatu perubahan atau aliran drastik pola perubahan kepimpinan negara.daripada di dominasikan oleh Barisan Nasional. Separuh daripada semenanjung Malaysia telah beralih kepada pakatan pembangkang. Dengan ujudnya budaya perubahan atau people power atau di kalangan india di kenali sebagai makkal sakti, maka element dan pengaruh politikus atau politik yang di pelopori oleh tokoh sebelum merdeka telah berubah. Perubahan ini pada konsep universal justice atau kehendak dan juga kesedaran universal yang di dorong kepada kerajaan yang lebih transparent dan telus, sebenarnya mungkin membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, tetapi sebagai rakyat malaysia peralihan ini di nantikan tetapi apakah nasib Melayu sebagai sebuah bangsa? Bangsa Melayu sepatutnya turut serta di dalam kehendak universal iaitu keadilan dan ketelusan pemimpin tetapi bukanlah dengan mengadaikan bangsa.

Dilema Melayu Sebagai Sebuah Bangsa Atau Ethnic Group
Melayu sebagai bangsa atau ethnic group yang dominant di Malaysia sepatutnya lebih matang di dalam membuat keputusan dan menentukan nasib dan hala tuju negara yang kita warisi ini. Tetapi realiti adalah berlainan. UMNO mungkin suatu masa dahulu di pelopori dan di dokong oleh golongan pemimpin yang berwawasan dan ikhlas di dalam perjuangan bangsa, tetapi di permulaan 1990 keikhlasan di dalam perjuangan telah muali lupus dan hilang. Di gantikan dengan majoriti Melayu yang rakus dan power hungry. Element atau budaya rasuah, kroni adalah sinonim dengan negara yang membangun, tetapi "check and balance" di dalam UMNO atau Bangsa Melayu itu sendiri gagal muncul. Badan disiplin atau golongan tua sepertimana "pendekar" atau Knight tidak lagi ada di dalam bangsa melayu itu sendiri. Ketandusan Pemimpin yang lantang atau mampu berjuang dengan ikhlas telah hilang, Budaya kipas mengipas dan juga budaya mengampu dan di berikan jawatan akan menghilangkan kelantangan perjuangan Melayu itu sendiri.
Siapakah harus di persalahkan? Pemimpin atau bangsa itu sendiri? Isu ini adalah sesuatu yang komplex dan sukar jika di lihat pada satu sudut. tetapi ianya akan menjadi mudah jika adanya pencetus and juga segelintir yang menjadi pemegang amanah bangsa Melayu itu sendiri. Element ini pada pendapat saya tidak wujud, antara dileman Bangsa Melayu yang paling ketara sekali adalah anatara nasionalis dan agama Islam itu sendiri. Melayu terbahagi kepada dua di dalam diri mereka, antara Agama dan juga Bangsa. Kedua-dua pemikiran ini menjadi satu faktor yang mana telah menjadi realiti dengan adanya PAS dan UMNO, Kedua dua pihak ini adalah Melayu tetapi suatu perjuangan dan landasan yang berlainan, setiap satu menjadi champion kepada pemikiran yang berlainan. Melayu yang beragama akan membawa "Islam" mengikut pemikiran mereka sendiri, Corak perjuangan Islam sendiri juga bermazhab dan juga bermasaalah mengikut susun ataur atau percaturan pemimpin mereka. Pada satu kumpulan yang lain, perjuangan Bangsa menjadi keutamaan tetapi Islam juga di jaga pada tempatnya. Jadi bagaimana kita kesudahanya? Adakah kita patut meninggalkan manifesto Bangsa dan berjuang mengikut Agama? Atau Kita mendokong Bangsa tanpa meninggalkan agama? Inilah dilema Bangsa Melayu sekarang ini. Jika kita melihat pada versi ketiga, muncullah Melayu Keadilan atau PKR. Melayu terbahagi kepada tiga? Mungkin tidak? Ada Melayu atas pagar atau melayu western, mereka ini menjadikan dileman Bangsa Melayu kepada 4 atau lebih pemikiran dan golongan.

Dilema Ekonomi Melayu
Sebut sahaja election 2008, riuh di kedai kopi pertembungan UMNO, PAS DAN PKR,tidak termasuk Melayu yang memasuki PPP dan pelbagai lagi? Ini adalah isu kepimpinan dan juga politik negara atau Makro yang bermula dengan mikro.Tetapi sedarkah kita bahawa jutaan Melayu ini bersembang di kedai kopi milik pendatang? atau naturalize citizent? Kita pergilah di mana mana bandar utama atau bandar kecil seluruh Malaysia, ya, Mamak Store atau Kedai Mamak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, mana cerok atau corner lot tidak di miliki atau di perniagakan oleh kumpulan atau interest group ini? Setiap saat secawan teh atau kopi menjadi hidangan jutaan Melayu? Kedai Runcit pula telah bertukat kepada kedai multinasional? sebut sahaja giant, tesco, carrefour dan pelbagai. Sebahagian besar adalah multinasioanl, belum lagi budaya Mac Donald atau KFC dan Coffee House. Inilah realiti atau gajah di depan mata tak nampak tapi kuman sebarang putrajaya nampak. Bilamana kita mempersoalkan isu ini, maka ada cendiakawan Melayu mempersoalkan ini isu business" atau perniagaan dan juga kemodenan, tetapi aliran kewangan menuju atau masuk kedalam kumpulan tertentu. Cubalah kita bayangkan Melayu merempat di negeri sendiri di dalam kemelut politik dan
kewangan. Setiap saat alairan kewangan Melayu pergi kepada kumpulan lain, Money is power! Adakah Melayu mempunyai kekutan kewangan ini? Tentu sekali tidak? Tetapi mungkin ada yang berdebat dengan mengatakan kita mempunyai bank kita sendiri dan juga dasar kita sendiri, Adakah ini betul dan tepat, Marilah kita membandingkan Melayu Melayu yang menguasai arena perbankan, Kenapa Melayu ini dengan kekuatan credit line" ini tak mampu membina empayar Mydin Store? Mamak Kedai atau Peruncitan benilai Global? Kenapa? Jawapannya adalah complacent atau lupa diri, bila mereka telah ada di atas, bermulalah permainan saham, take over dan trading yang menguntungkan mereka sendiri dan menjadikan mereka semakin kaya dan bernilai jutaan ringgit.

Dilema Remaja Melayu Dan Sektor Pekerjaan Melayu.
Ahli ekonomi mungkin menyelar dan akan mempertahankan tohmahan ini, tetapi cukuplah setakat ini, Gajah telah nampak di depan mata tapi tidak mahu di akui. Dilema ekonomi Melayu sepatutnya menjadi keutamaan semua yang lahir sebagai Melayu di bumi bertuah ini. Kita telah tiada Real Estate value, Bandar utama dan juga perniagaan telah di pegang oleh golongan lain dan pendatang atau foreign work force telah mengambil tempat tuan-tuan" (Business Lord) ini. Adakah anda sebagai Melayu tidak berasa apa-apa jika anda ke satu komplex membeli belah yang besar dan megah , tetapi, anak melayu menjadi cashier atau pemotong ayam?Buka sahaja Surat Khabar versi Bahasa Malaysia, berapa mukasurat sahaja di bekalkan untuk peluang pekerjaan Bumiputra? sikit bukan? Tetapi buka pula Suratkhabar Versi Enggeris atau English, sangat banyak bukan? Kenapa ini berlaku? sekiranya ini berlaku sesuai dengan arus pekerjaan abad 21 maka ianya bagus tetapi perhatikan benar benar. Mandarin or any other language required. Adakah ini adil? Tentu sekali tidak bukan? Dimanakah Equal Opportunities atau peluang kesamaan, Negara Amerika Syarikat mempunyai undang undang diskriminasi pekerjaan, sekiranya perlu untuk tidak mematuhi sesuatu undang undang maka mereka perlulah memohon kelepasan. Tetapi tidak di Malaysia. Anak Bangsa kita akhirnya sedang ke arah KeMandrin, kita perlu mengajar anak anak kita bahasa Cina untuk kompetitif di alam pekerjaan.

sumber: Blogger pilihan

No comments: